Monday, May 23, 2005

Pemergian Nenek Tercinta..

Genap seminggu moyang ku pergi meninggalkan kami, kini nenek kesayanganku pula kembali ke rahmatullah semalam malam. Sudah jatuh ditimpa tangga.. Pemergian nya amat terasa bagi kami sekeluarga.. Sebak, pilu... Tapi kami redha kerana kami tidak mahu nenek menderita lebih lama lagik.. Seminggu lalu, kaki nenek dipotong sebelah lagi kerana doctor tidak mahu kuman diabetes nya merebak ke seluruh badan dan doctor juga tahu nenek merasa amat bisa sekali.. Sebelum sempat nenek pulang ke rumah makcik ku, dia telah pergi buat selamanya..


Semalam petang apabila aku menerima sms dari kakak sepupu ku yg menyatakan nenek akan dimasukkan ke ICU kerana tidak sedar kan diri... Dgn kelam kabut, aku mengajak suami ku ke hospital.. Abang ipar ku menagajak kami pergi menaiki kereta nya.. Ibu mertua ku, ibu ku, aku dan suami ku pergi ke NUH dgn segera... Bapaku datang bersama Pak Long & isterinya.. Kami diberitahu yang kuman telah menyerang ke dalam jantung nenek ku. Kedua buah pinggang nya juga tidak berfungsi dan usus perutnya telah tersumbat. Kami juga diberitahu nenek ku sesak nafas dgn secara tiba-tiba.. Sehari sebelom itu, keluarga ku pergi menjengok nya dan nenek ku seperti biasa.. Bergurau senda, bercakap.. Akan tetapi, Allah itu Maha Berkuasa.. Dgn sekelip mata keadaan boleh berubah...


Aku dan suami pergi menjengok nya ke dalam ICU.. Aku merapati telinga nya lalu menyatakan yg aku datang dan mendoakan nenek supaya cepat sembuh.. Aku dapat melihat airmata nya berlinangan walaupon nenek tidah sedarkan diri.. Amat pilu hati ku melihat keadaan nenek... Setelah puas melihat nenek, kami pon keluar... Setelah 2 jam berada disana, aku, suami, ibu mertua ku dan abang ipar ku ansur berangkat pulang walaupon hati ku amat berat utk meninggal kan hospital itu.. Namun, anak ku berada di rumah mertua ku dan aku harus menjalankan tanggungjawab ku sebagai seorang ibu... Tapi aku sempat berpesan pada ibuku utk menelefon ku jika ada sebarang kecemasan...


Kami pon pulang ke rumah mertua ku... Genap pukul 7.30 malam, adikku menelefon ku menyatakan nenek sudah tiada lagi.. Ya Allah! Betapa hancurnya hati ku mendengar berita sedih itu.. Aku menangis sambil memberitahu semua yg berada di rumah mertua ku.. Aku dan suami bergegas pulang ke rumah utk menukar baju dan mengambil motor utk pergi balik ke NUH...


Sesampainya disana, ramai saudara mara ku telah tiba.. Kami pegi melihat nenek ku.. Aku menangis sebak hinggakan suami ku harus memujukku utk bertenang dan menyuruhku sedekah kan Fateha kepada nenek... Dalam pukul 9.45pm, mayat nenek ku dibawa balik ke rumah makcik ku di CCK... Aku dan suami pulang ke rumah...


Sesampainya dirumah aku dan suami membersihkan diri kami sebelom menelefon kakak ipar ku utk membawa anak kami pulang ke rumah...


Pagi ini, aku dan suami membawa anak ku ke rumah mertua utk ditinggalkan disana dan kami pon pergi ke rumah makcik ku utk pengkebumian Arwah nenek ku... Kami sekeluarga amat sedih melihat nenek dikhafankan.. Jernih sungguh airmuka nya... Aku dapat menciumnya buat kali terakhir... Setelah solat jenazah, kami terus ke kubur...


Allahyarhamha Rahmah Bte Omar, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...Insya Allah...


Al-Fateha...

No comments: